Walimatul Urus


Konsep Walimatul Urus
  • Berasal daripada perkataan al-walmu bermaksud perjumpaan.
  • Walimah atau jamuan perkahwinan ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan bagi meraikan kedua suami isteri yang berkahwin

Hukum Walimatul Urus

Sunat Muakkad kerana perbuatan tersebut baik dan mulia dan ianya sabit daripada Nabi secara perkataan dan perbuatan. Nabi bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf:


أولم ولو بشاة...
 ertinya: “buatlah walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing”

Kadar Walimatul Urus
  • Bagi orang kaya kadar minima ialah seekor kambing dan tidak ada kadar maksima dalam mengadakannya.
  • Bagi orang miskin kadarnya ialah makanan yang dia mampu.

Waktu Walimatul Urus
  • Luas dan panjang iaitu berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan.
  • Waktu yang paling baik ialah selepas persetubuhan. Ini kerana nabi hanya mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan isteri-isterinya selepas persetubuhan.

Tujuan Atau Hikmat Islam Menggalakkan Walimatul Urus
  • Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan.
  • Menghebahkan pernikahan tersebut supaya diketahui oleh orang ramai.
  • Untuk mengeratkan persaudaraan antara kedua-dua belah pihak.
  • Supaya tidak timbul perkara2 yang tidak diingini kemudian hari sekiranya perkahwinan tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai.
  • Manusia boleh berhimpun dan berjumpa pada waktu walimah tersebut sambil bertukar-tukar fikiran.
  • Dapat menzahirkan perbezaan antara perkahwinan yang syarie dengan perzinaan yang dilarang.
                                           
Hukum Menghadiri walimah

  • Fardu ain kepada mereka yang dijemput.
  • Sabda Rasulullah S. A. W :

 إذا دعي أحدكم إلى الوليمة ؛ فليأتها
ertinya: "Apabila seseorang kamu dijemput ke majlis kenduri, maka hendaklah dia hadir."

Syarat Wajib Menghadiri Walimah (Jemputan Kahwin)
  • Kedua-dua pengantin beragama Islam
  • Jemputan tersebut umum kepada semua orang, tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja.
  • Tidak ada keuzuran
  • Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih saying dan mengeratkan hubungan.
  • Tuan empunya walimah bukan orang yang zalim
  • Tidak didapati perkara-perkara mungkar dalam majlis tersebut seperti tari menari, minuman keras atau menggunakan wang yang haram dan sebagainya.
  • Orang yang menjemput dan dijemput adalah orang islam.
 
Memakan Makanan Walimah

Orang yang menghadiri jemputan walimah tidak wajib memakan makanan walimah tersebut.Yang wajib hanyalah hadir.Jika dia mahu makan boleh la makan jika tidak mahu boleh tinggalkan makanan tersebut.
 
Perkara yang Dilarang Ketika Mengadakan Walimatul Urus

  • Mengadakan hiburan yang melalaikan atau cara yang bertentangan dengan syariat Islam.
  • Mengadakan walimatul urus secara besar-besaran dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
  • Mementingkan perkara-perkara yang haram dalam majlis tersebut.
  • Mengadakan walimatul urus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.
  • Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan ajnabi.
 
Kesan Walimah Terhadap Masyarakat Islam
  • Dapat memberikan sedekah.
  • Dapat mengelakkan berlakunya fitnah.
  • Dapat mengukuhkan persaudaraan di antara umat Islam.
  • Melahirkan masyarakat islam yang bersyukur.
  • Melahirkan masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain.