Final Exam . . . . IT'S DONE!!!



Assalamualaikum... ツ

Alhamdulillah.....akhirnya final exam untuk sem 4 dah berjaya aku harungi... Ehm, tok sem 3 ni aku amik 8 subjek, semua subjek tu memang terbaik la terutamanya JAVA, WEB & ORIENTALIS...huhu. Untuk pengetahuan korang Java dan WEB tu antara subjek yang aku minat ツ hehe...mau x minat kalau aku sendiri yang minta kos Pengajian Quran dengan Multimedia nie....haha, besttt! Harap2x segala usaha, titik peluh, perahan otakan dan kesemua keusahawatiku masa final exam tu dulu berbaloi. Korang doakan lah aku dapat  tingkatkan pointer aku ni ek...hehe (>_^). 


Semalam, 26-6-2013 : 
      Aku dah selamat mengangkut barang2x aku dari asrama yang mana mengandungi barang2x peribadi mahupun yang x berapa nak peribadi. Dari Nilam Court menuju ke Sutera Indah, fuhhh sayang sangat nak tinggalkan Nilam...at sana sejuk, aman damai dan memang selesa laa cakap... ツ Dekat Nilam Court tu dulu ada tasik taw, tapi sekarang tasik tu dah dibenamkan (#sinonim: terkambus/tertanam) sebab diorang nak wat supermarket. Tapi walaupun tasik tu dah xde, pemandangan at sana memang THE BEST! kalau x percaya mai datang Nilam Court,Nilai, Negeri Sembilan ... ツ 

RUMAHKU @ nIlAM cOUrt
Okey....selesai di situ. Sekarang ceritanya...aku sudah berada di rumah memberku, menumpang di rumahnya untuk beberapa hari ni...kalau nak duk nilam dah x boleh, sebab dah kena halau, huhuu... Exam dah habis, nape aku x balik kampung ek??? Emmm, jawapannya aku ada program pada 28 - 30 haribulan ni. Under Sekretriat Rakan Muda USIM...program anak-anak ngan ibu bapa & family angkat...hehe... petang ni ada meeting...so, aku rasa sampai sini dulu coretanku...nak jemur baju, makan2x, qailullah dannnnnnnnn meeting. Urmmm, bubye u allzzz ツ ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Kisah Bani Quraizah

Assalamualaikum semua...Mari! bersama kita menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.
Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut.Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.

Bani Quraizah melanggar janji
Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah dengan membuat keputusan tersebut.Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika.

Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.

Bantuan dari Allah“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah.” Sabda baginda setelah diam seketika.Rasulullah merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.
Namun rancangan Rasulullah tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah.
Kemudian Allah telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.
Setelah Rasulullah menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy.
Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka.
Pada masa yang sama Rasulullah dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.
Akhirnya Allah menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.
Rasulullah menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.


KesimpulanPeperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan.Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.
Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.
Disebabkan hal ini Rasulullah bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”



refer: http://siswamuslim916.wordpress.com/2009/09/28/kisah-perang-ahzab-di-bulan-syawal/


Walimatul Urus


Konsep Walimatul Urus
  • Berasal daripada perkataan al-walmu bermaksud perjumpaan.
  • Walimah atau jamuan perkahwinan ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan bagi meraikan kedua suami isteri yang berkahwin

Hukum Walimatul Urus

Sunat Muakkad kerana perbuatan tersebut baik dan mulia dan ianya sabit daripada Nabi secara perkataan dan perbuatan. Nabi bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf:


أولم ولو بشاة...
 ertinya: “buatlah walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing”

Kadar Walimatul Urus
  • Bagi orang kaya kadar minima ialah seekor kambing dan tidak ada kadar maksima dalam mengadakannya.
  • Bagi orang miskin kadarnya ialah makanan yang dia mampu.

Waktu Walimatul Urus
  • Luas dan panjang iaitu berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan.
  • Waktu yang paling baik ialah selepas persetubuhan. Ini kerana nabi hanya mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan isteri-isterinya selepas persetubuhan.

Tujuan Atau Hikmat Islam Menggalakkan Walimatul Urus
  • Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan.
  • Menghebahkan pernikahan tersebut supaya diketahui oleh orang ramai.
  • Untuk mengeratkan persaudaraan antara kedua-dua belah pihak.
  • Supaya tidak timbul perkara2 yang tidak diingini kemudian hari sekiranya perkahwinan tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai.
  • Manusia boleh berhimpun dan berjumpa pada waktu walimah tersebut sambil bertukar-tukar fikiran.
  • Dapat menzahirkan perbezaan antara perkahwinan yang syarie dengan perzinaan yang dilarang.
                                           
Hukum Menghadiri walimah

  • Fardu ain kepada mereka yang dijemput.
  • Sabda Rasulullah S. A. W :

 إذا دعي أحدكم إلى الوليمة ؛ فليأتها
ertinya: "Apabila seseorang kamu dijemput ke majlis kenduri, maka hendaklah dia hadir."

Syarat Wajib Menghadiri Walimah (Jemputan Kahwin)
  • Kedua-dua pengantin beragama Islam
  • Jemputan tersebut umum kepada semua orang, tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja.
  • Tidak ada keuzuran
  • Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih saying dan mengeratkan hubungan.
  • Tuan empunya walimah bukan orang yang zalim
  • Tidak didapati perkara-perkara mungkar dalam majlis tersebut seperti tari menari, minuman keras atau menggunakan wang yang haram dan sebagainya.
  • Orang yang menjemput dan dijemput adalah orang islam.
 
Memakan Makanan Walimah

Orang yang menghadiri jemputan walimah tidak wajib memakan makanan walimah tersebut.Yang wajib hanyalah hadir.Jika dia mahu makan boleh la makan jika tidak mahu boleh tinggalkan makanan tersebut.
 
Perkara yang Dilarang Ketika Mengadakan Walimatul Urus

  • Mengadakan hiburan yang melalaikan atau cara yang bertentangan dengan syariat Islam.
  • Mengadakan walimatul urus secara besar-besaran dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
  • Mementingkan perkara-perkara yang haram dalam majlis tersebut.
  • Mengadakan walimatul urus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.
  • Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan ajnabi.
 
Kesan Walimah Terhadap Masyarakat Islam
  • Dapat memberikan sedekah.
  • Dapat mengelakkan berlakunya fitnah.
  • Dapat mengukuhkan persaudaraan di antara umat Islam.
  • Melahirkan masyarakat islam yang bersyukur.
  • Melahirkan masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain.




tutorial CLIPBOARD

Jom belajar macam mana nak gunakan https://clipboard.com/

Ini trademark bagi CLIPBOARD... SELECT.COLLECT.REFLECT. 

Ni page first yang korang akan nampak bila korang buka laman web CLIPBOARD ni.


Ok....nak masuk rumah orang jangan senyap2...so, mula2 baca Bismillah dan kita kenalah register dulu...then baru kita boleh guna CLIPBOARD ni.....pilih aje korang nak register yang mana (facebook @ email)...ok

ni page untuk register ngan email

ni pula yang nak register pakai facebook....semua taw kan apa itu facebook ><, 

Dah siap register???  ok, sekarang boleh la login masuk... ^_^

lepas tu, untuk kemudahan korang cari TOOLS dan klik at TOOLS tu...dia akan keluar macam gambar at atas ni. Then baca apa yang tercatat di situ and follow aje....ok.

First step nak gunakan clip ni, korang pilih apa-apa aje website yang korang suka.

Lepas tu, klik pada CLIP yang comel warna biru tu (at atas sebelah kanan). Tekan kan pada contents or text yang berkenan di hati (^_^) Lastly, boleh la save...

Next, apa yang korang dah save tadi akan tersimpan terus at your home page. 

This is my collections @_@

Korang boleh simpan sebanyak man yang korang suka. Kalau nak save text tu, CLIPBOARD ni boleh save sependek-pendek ayat yang kita nak. Okey, sampai di sini saja.....



assalamualaikum dan datang lagi

apa cerita hari ini???


Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian....apa khabar antum antunna semua??? Ehmmmm.....nk cerita apa ek hari ni....hihi........untuk sahabat2 siswa-siswi semua, sem baru kita dah lama mula kan...so, gimana assignment2 nya???? Banyak x???? (-_-) huhu....mestilah banyak kan.....jadi, jangan tangguh2 lagi kerja2 tu....apa yang penting buat list baru la senang nk pastikan banyak mana kerja kita yg blum siap or in progress.....ok?? Apapun sahabat2 semua....all the best to you, jgn cepat give up k. Harap kita semua dapat pointer yang lebih membanggakan untuk sem kali ini & seterusnya. CHAIYOK!!! =D 

Haaa....lastly, kalau dah baca jangan lupa komen k... ^^ Wassalam.

berangan x sudah *_*



Ni maknanya orang x sabar nak raya......huhuhuhuuu..... {puasa bru 10 hari dh berangan nk raya} isk3, mcm bdk2.........hehe......tp dh terlanjur TERpost at sni (~_~) sy ucapkan slmat menyambut bulan mulia RAMADHAN AL-MUBARAK..........  ~sebenarnya ni kerjaan saja2 sbb dh lama x post at sni...hihihi~
Jadikan ramadhan kali ini lebik baik dari sebelumnya...bykkan amalan dan ibadah kpd Allah........moge kita semua sntiasa di bawah perlindungan-Nya.....(Aamin)

Ehmmmmm......selamat buat kuih raya, baju raya, seluar raya, tudung raya, kasut raya n sewaktu dengannya......hihihihii............tp berbelanja tu jgn xingat dunia plak ~pembaziran amalan syaitan tau~........

ok....sampai disini saja celoteh sy (x pandai nk cerita panjang2 ^_^ )....lastly, ampun maap dipinta dr ujung kaki smpai ujung rambut...apa yg dirasakan hempedu jadikanlah ia gula-gula....ok, maafkan segalanya...
sayang anda semua krn ALLAH

~take care of yourself :)~


exam is over ~~~



Alhamdulillah...akhirnya TAMAT juga final exam kami.....hihihi..... Harap keputusan yang keluar nanti memuaskan, al-maklumlah berperang dengan kertas jawapan sampai tak larat angkut peluru ^_^.... 
Doakan saya dan kawan2 berjaya... Ehmmm, habis sudah tahun 1 di USIM...next sem we will be a senior ^_^ Cepat betoi masa berlalu, sedar tak sedar umur dah meningkat..... Ehm, cukup la sampai di sini ek....enjoy your day and always show your cute face like that ok. Wassalam :::>















THANK'S FOR READING *_*