Tanda Amal Tak Diterima Allah





Siapa yang melakukan 4 macam kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya..

1. Siapa yang BERJIHAD, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh Allah.
2. Orang yang BERPUASA di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasa tidak diterima.
3. Orang yang naik HAJI  kemudian tidak bertambah kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
4. Orang yang SAKIT lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata:

Siapa yang mengaku 3 perkara di bawah, maka dia ditertawakan syitan :

1. Siapa yang MENGAKU dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
2. Siapa yang MENGAKU redha pada Allah s.w.t padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
3. Siapa yang MENGAKU ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

Tanda seseorang itu tidak tertipu ada 3 :

1. Mengumpulkan apayang tidak berguna baginya.
2. Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya
3. Meninggalkan amal yang menyelamatkannya.

Tanda orang yang MENGHARAP kepada ALLAH S.W.T.

1. HATI digunakan berZIKIR.( mengingati Allah )
2. LIDAHnya untuk BERZIKIR
3. BADANnya untuk BERAMAL.

..PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR...

" Ya Allah ..Engkau tuhanku tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Engkau yang telah menjadikan ku..Hamba abdi mu..akan tetapi aku tidak mampu menunaikan janji mu..dan janji prasetia kepadamu..Aku berlindung kepadamu dari kejahatan perbuatan yang telah ku lakukan...Aku tetap mengakui dengan kenikmatanmu yang telah engkau kurniakan kepadaku, dan aku mengakui pula dosaku...Maka ampunilah aku, kerana tiada mengampun segala dosa melainkan hanyalah ENGKAU "



Firman Allah s.w.t Surah Muhammad, Ayat 31..

" Dan demi sesungguhnya ! kami tetap menguji kamu ( Wahai orang-orang yang mengaku beriman ) sehingga ternyata pengetahuan kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar ( sehingga ) Kami dapat mengesahkan Benar atau Tidaknya, Berita-berita tentang keadaan kamu "



Jom Jadi Soleh & Solehah





1. Mulakan setiap perbuatan kita dengan Bismillah.
2. Doa adalah satu ibadah
3. Menuntut ilmu adalah wajib.
4. Membaca Al-Quran amalan mulia.
5. Bersyukur kepada Allah swt.

1. Mulakan Setiap Perbuatan kita Dengan Bismillah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya memulakan setiap perbuatan dengan bismillah.
Kita hendaklah sentiasa membaca bismillah untuk setiap perbuatan yang kita lakukan, contohnya seperti sebelum makan, keluar rumah, pergi bermain membaca buku, dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda : Setiap perbuatan yang tidak dimulakan dengan "bismillah" maka terputus berkatnya           ( Riwayat Abu Daud )

2. Doa adalah satu ibadah.
Rasulullah saw mengajar kita supaya selalu berdoa, setiap perbuatan yang hendak lakukan kita perlu memulakan dengan berdoa, kita akan mendapat keberkatan dan dipermudahakan oleh Allah swt.
Rasulullah saw : "bArangsiapa yang tidak mahu berdoa kepada Allah nescaya Allah akan murka kepada
 ( Riwayat Tirmidzhi )

3. Menuntut Ilmu Adalah Wajib.
Rasulullah saw menyuruh kita menuntut ilmu, Ilmu pengetahuan dapat menolong kita, Ilmu pengetahuan yang paling utama adalah mengenal Agama kita, iaitu islam, apabila kita berilmu maka kita akan menjadi orang yang berguna.
Muawiyah ( r.a ) telah bersabda :
" Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah membuat ia pandai dalam hal keagamaan "

4. Membaca Al-Quran Amalan Mulia.
Rasulullah saw mengajar kita supaya membaca Al-Quran, Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama, Al-Quran adalah panduan di dalam hidup kita, kita akan mendapat petunjuk daripada Allah apabila kita membaca Al-Quran.
" Orang yang mahir Al-Quran, kelak ia akan mendapat balasan syurga bersama-sama dengan Rasul-rasul yang mulia dan orang yang membaca Al-Quran, Tetapi yang tidak mahir membacanya, merangkak-rangkak dan belum lancar pembacaannya akan mendapat dua pahala "    ( Riwayat Bukhari, Muslim )

5. Bersyukur kepada Allah swt.
Allah swt telah memberikan berbagai nikmat Kepada Allah swt memberi kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap dan bermacam-macam lagi kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah ia mengingati-Nya, siapa yang mengingati -nya dianggap bersyukur.  ( Riwayat At-Tabrani )




Nikah Khitbah (nikah gantung)


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , kami menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui. {An Nuur : Ayat 32}

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :


  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan


6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :


  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

oleh ustaz nasrudin hassan tantawi

rujuk : http://baitulmuslim.com


Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala?


Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.


 

Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.

rujuk : http://wanitamelayuseksa.blogspot.com


Tips pelajar malas belajar?



" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "

1. Belajar adalah kewajipan.
Dengan rasa penuh cinta dan kasih sayang, jelaskan kepada pelajar-pelajar bahawa belajar adalah satu kewajipan.Tingkatkan keikhlasan belajar semata-mata kerana Allah.Hilangkan rasa tidak selesa di hati pelajar-pelajar dengan perbanyakkan istghfar, zikir dan selawat. Sebaik mungkin ajarlah solat taubat untuk memulakan azam baru.

2.Gantikan perkataan negatif dengan kata-kata positif.
Bimbing dan pujuk pelajar-pelajar buang segala perkataan negatif seperti " bosan, susah , benci, malas dan seumpamanya yang sudah lama melekat di dalam hati fikiran dan lisannya.Perkataan-perkataan negatif seperti rasa bosan belajar, boleh melumpuhkan dan mematikan semangat pelajar-pelajar.Sebab mudah putus asa.Gantikan perkataan-perkataan di atas dengan positif " seronok belajar " "InsyaAllah senang"  "suka " " rajin "dan seumpamanya untuk memulihkan semangat mereka.

3.Ajar pelajar mengamalkan DOA hilangkan rasa malas.
" Ya Allah, aku berlindung kepada-mu dari rasa susah dan sedih, ku berlindung kepada-mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-mu dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain "

4.Tawan hati pelajar-pelajar dengan ayat mahabbah.
Terkandung dalam surah Al-Imran di antara Allah berfirman " Katakanlah jika kamu ( benar-benar ) mencintai Allah ikutlah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu " Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

5.Bina Imaginasi dunia dan akhirat.
Ibubapa bertanggungjawab membina imaginasi masa depan anak-anak, Selalu bertanya pada mereka nak jadi apa apabila besar nanti.Mereka akan menyebut  hnjadi hendaki menjadi askar, polis, atau mengikut idola pilihannya.Jika anak-anak menyebut hendak menjadi penyanyi atau pelakon, jangan marah. Jelaskan boleh tetapi mesti nyanyi lagu yang membesarkan Allah, Boleh belakon tetapi berlakon jadi orang yang soleh,solehah dan sebagainya.Ingatlah anak-anak semua jawatan yang di perlukan perlukan ilmu, mesti belajar sungguh-sungguh. Hendak dunia, mesti ada ilmu, hendak akhirat mesti ada ilmu.

6.Jadualkan waktu belajar, berehat, solat dan bermain.
Bermain bukan sekadar apabila ada peluang atau kesempatan, jadikan bermain sebagai rutin harian anak-anak . Kenangan indah zaman kanak-kanak ialah apabila mereka puas bermain. Mereka tidak akan lupa kenangan tersebut, lagipun anak mempunyai kelebihan tenaga yang harus disalurkan melalui aktiviti riadhah yang bermanfaat.

7.Terima segala kekurangan pelajar.
Jika pelajar itu dikategorikan dalam kelompok " SLOW LEARNER " memerlukan penjelasan yang berulang-ulang.Kadang kala pelajar tidak mampu memberikan tumpuan dalam tempoh masa yang lama, maka izinkanlah mereka beristirahat seketika, Jangan sekali-kali membandingkannya dengan anak-anak yang lain.

8.Utamakan usaha
Sentiasa tekankan kepada pelajar bahawa yang penting bukanlah nilai markah atau gred A atau B, Sebaliknya  yang perlu diutamakan adalah pembelajaran itu sendiri, jelaskan kepada mereka Allah swt sentiasa menilai apa yang telah di usahakan, segala kerajinan, kegigihan dan susah payah dilalui, Allah berikan ganjarannya, hasil akhir adalah ketentuan dari Allah swt, perlu serahkan sepenuhnya kepada Allah, Tawakal dan terima segalan-galanya dengan penuh redha.

9.Jalinkan hubungan mesra.
Jangan korbankan hubungan mesra ibu bapa dengan anak-anak hanya gara-gara masalah belajar, jalinkan hubungan mesra, bersenda gurau dan banyak berdoa semoga Allah buka pintu hati supaya dapat berminat dalam pembelajaran.Sebaiknya doakan penerang hati yang terkandung dalam firman Allah swt :
" Ya Allah, lapangkanlah dadaku mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku " ( Thaha 20 :27 )

rujuk : http://norbasyirah.blogspot.com



ADAM & HAWA


Assalamualaikum....wahai ADAM & HAWA...sebelum anda membaca perkara2 dan kisah di bawah...terlebih dahulu saya sarankan anda open tgk dulu video ni :
http://youtu.be/ZYG0jxQaMSk (klik je pd link tu)

harap dapat memberi sedikit ilmu untuk masa hadapan....hehe (**,)

Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu
Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas..

Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki,
kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita

p/s: Lelaki, cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindungi.Renung2kan~

rujuk : http://baitulmuslim.com/

kisah wanita solehah (buta,bisu,tuli)



Mak Long merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Mariam. Beliau merupakan seorang gadis yg baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan Mak Long.

Dia sering membawa rakan-rakan lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan Mak Long tidak senang, tambahan pula Mak Long merupakan guru Al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yg terlalu bebas, Mak Long telah meminta Mariam memakai tudung. Permintaan ibunya itu ditolak sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, Mariam berkata dengan suara yg agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yg anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yg tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Mariam kat sekolah, yg pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Mariam ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yg baru pindah berhampiran rumah mereka. Sebuah keluarga yg mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah Mak Long, timbul desas-desus mengenai isteri Abu yg tidak pernah keluar rumah, hingga ada yg menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Mariam.

Lalu dia bertanya kepada ibunya, "mama, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu Mak Long menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya Mariam mengambil serius kata-kata ibunya dan benar-benar pergi ke rumah Abu. Sekembalinya dari rumah mereka, Mak Long melihat perubahan yg benar-benar mendadak berlaku pada wajah anaknya. Wajahnya yg tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi.... entah apa yg  berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, Mariam meminta ibunya buatkan tudung. Tudung yg labuh. Mariam pakai baju labuh... lengan panjang pula tu... Mak Long sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana  melihat perubahan yg ajaib.. Ya, kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau raka-rakan lelakinya yg datang ke rumah.. Mak Long lihat, Mariam banyak merenung, banyak membaca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan),  dan ibadahnya pun melebihi ibunya sendiri.. dan yg lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan Mak Long singgah ke rumah, Mariam menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati Mak Long..

Di takdir kan Allah, Mariam jatuh sakit tenat dan meninggal dunia  selepas beberapa minggu bertarung nyawa… Setelah selesai upacara pengebumian dan lain-lainnya, Mak Long masuk ke bilik arwah anaknya dan  terlihat di atas meja terletak sebuah diari. Diari yg selalu arwah tulis. Diari tempat arwah menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu Mak Long buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yg menimbulkan pertanyaan yg selalu timbul di hati Mak Long. Perubahan yg terjadi kepada arwah selepas pulang dari rumah Abu.. disitu tertera soal jawab antara arwah Mariam dan isteri jiran Abu. Di seluruh muka surat itu terdapat kesan air mata yg sudah kering.

Butirannya seperti ini:  Soaljawab

Mariam: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri Abu: Alhamdulillah.. sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Mariam: tapi mak cik kan dah ada anak enam.. tapi masih kelihatan cantik??

Isteri Abu: Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yg boleh menolaknya?

Mariam: Mak cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri Abu: Ya Mariam, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yg terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Mariam: tapi yg saya tengok, banyak wanita bertudung yg kelakuannya tak elok..

Isteri Abu: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yg harus kita fahami...

Mariam: apakah hakikat tudung ?

Isteri Abu: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yg bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yg mengundang mudarat, baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yg berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yg tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yg mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT.. bila kamu sudah biasa, maka tudung yg kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Mariam: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri Abu: Duhai Mariam, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yg datang dari Allah SWT yg Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari nanti dimana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yg kedua,. pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yg bertebaran dan di kumpulkan dalam satu padang yg tiada batas, yg tanahnya dari logam yg panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari di dekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yg berpeluh kerana rasa takut yg luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yg banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yg tergantung amalannya, ada yg melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yg berbentuk seperti haiwan, ada yg berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.. menangis kerana hari itu Allah SWT murka... Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yg panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil Hari Hisab.. Duhai Mariam, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . . Allah SWT.

Sampai di situ sahaja Mak Long membaca kerana di situ tulisannya terhenti dan Mak Long lihat banyak kesan titisan airmata arwah yang jatuh..

Subhanallah...

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

……والله أعلمُ بالـصـواب

-Muhd Hamzi-

rujuk : http://baitulmuslim.com/


KIKI LALA


kotak??? ada apa ngan kotak ni?
haa....kalau korang nak taw dalam ni ada anak rusa....hehe...kami taruk mereka dalam kotak ni, sebab nak cuci tempat tidur diorang...klu anda rasa pelik dengan al-kisah ni, teruskan mmbaca ek (n_n)

                                                                                          ok, yang sebelah kiri ni laa sangkar mereka....comel kan??? hehe....(mesti korang kata : "macam tipu je dia ni...tak kan anak rusa duduk dalam sangkar ni?") hehe...memang tipu pon...sape suruh caye (>_<)    
Emmm...agak2 binatang apa sebenarnya??? cer teka....

Dapat teka tak? mesti tak kan...........kan...kan...kan..! okay, mai ana bagitau, ni sebenaunya umah hamster. abang ana ada 2 ekor hamster, cute sesangat. Nama-nama beliau pon cute "KIKI" & "LALA"....hehe. 
                                             
                           

First dapat tau abang ada hamster...mcm x caye je...sebabnya abang saya ni xpernah2 pulak menyatakan yang dia nak beli hamster... Apabila diselidik, disoal siasat and segala-galanya barulah tahu...he got present on his belated birthday. Untung laa dia, ada orang bagi hadiah an..dua ekor hamster lak tu...(@_@) huhuhuu...

kiut je tidornya

ini pon sama. Hai laa KIKI LALA

first time pegang haiwan ni...eeeii gerun


Okay...sampai di sini sahaja ceritera hamster abang ku...camne? berminat tak, nak pelihara? hehe...comel kot, baik cuba... Untuk yang terakhir kali, terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ILTIZAM AL-HAWA maap dipinta jika gurauan saya ter"over dos". Sila datang lagi ek...jangan lupa tinggalkan komen anda *_* 

Wassalamualaikum