kisah wanita solehah (buta,bisu,tuli)



Mak Long merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Mariam. Beliau merupakan seorang gadis yg baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan Mak Long.

Dia sering membawa rakan-rakan lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan Mak Long tidak senang, tambahan pula Mak Long merupakan guru Al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yg terlalu bebas, Mak Long telah meminta Mariam memakai tudung. Permintaan ibunya itu ditolak sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, Mariam berkata dengan suara yg agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yg anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yg tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Mariam kat sekolah, yg pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Mariam ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yg baru pindah berhampiran rumah mereka. Sebuah keluarga yg mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah Mak Long, timbul desas-desus mengenai isteri Abu yg tidak pernah keluar rumah, hingga ada yg menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Mariam.

Lalu dia bertanya kepada ibunya, "mama, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu Mak Long menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya Mariam mengambil serius kata-kata ibunya dan benar-benar pergi ke rumah Abu. Sekembalinya dari rumah mereka, Mak Long melihat perubahan yg benar-benar mendadak berlaku pada wajah anaknya. Wajahnya yg tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi.... entah apa yg  berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, Mariam meminta ibunya buatkan tudung. Tudung yg labuh. Mariam pakai baju labuh... lengan panjang pula tu... Mak Long sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana  melihat perubahan yg ajaib.. Ya, kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau raka-rakan lelakinya yg datang ke rumah.. Mak Long lihat, Mariam banyak merenung, banyak membaca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan),  dan ibadahnya pun melebihi ibunya sendiri.. dan yg lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan Mak Long singgah ke rumah, Mariam menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati Mak Long..

Di takdir kan Allah, Mariam jatuh sakit tenat dan meninggal dunia  selepas beberapa minggu bertarung nyawa… Setelah selesai upacara pengebumian dan lain-lainnya, Mak Long masuk ke bilik arwah anaknya dan  terlihat di atas meja terletak sebuah diari. Diari yg selalu arwah tulis. Diari tempat arwah menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu Mak Long buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yg menimbulkan pertanyaan yg selalu timbul di hati Mak Long. Perubahan yg terjadi kepada arwah selepas pulang dari rumah Abu.. disitu tertera soal jawab antara arwah Mariam dan isteri jiran Abu. Di seluruh muka surat itu terdapat kesan air mata yg sudah kering.

Butirannya seperti ini:  Soaljawab

Mariam: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri Abu: Alhamdulillah.. sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Mariam: tapi mak cik kan dah ada anak enam.. tapi masih kelihatan cantik??

Isteri Abu: Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yg boleh menolaknya?

Mariam: Mak cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri Abu: Ya Mariam, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yg terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Mariam: tapi yg saya tengok, banyak wanita bertudung yg kelakuannya tak elok..

Isteri Abu: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yg harus kita fahami...

Mariam: apakah hakikat tudung ?

Isteri Abu: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yg bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yg mengundang mudarat, baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yg berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yg tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yg mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT.. bila kamu sudah biasa, maka tudung yg kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Mariam: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri Abu: Duhai Mariam, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yg datang dari Allah SWT yg Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari nanti dimana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yg kedua,. pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yg bertebaran dan di kumpulkan dalam satu padang yg tiada batas, yg tanahnya dari logam yg panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari di dekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yg berpeluh kerana rasa takut yg luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yg banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yg tergantung amalannya, ada yg melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yg berbentuk seperti haiwan, ada yg berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.. menangis kerana hari itu Allah SWT murka... Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yg panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil Hari Hisab.. Duhai Mariam, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . . Allah SWT.

Sampai di situ sahaja Mak Long membaca kerana di situ tulisannya terhenti dan Mak Long lihat banyak kesan titisan airmata arwah yang jatuh..

Subhanallah...

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

……والله أعلمُ بالـصـواب

-Muhd Hamzi-

rujuk : http://baitulmuslim.com/


No comments:

Post a Comment